redONE sasar jualan RM600 juta

Seramai 20 rakan niaga jualan redONE menjadi pemenang Pemberian Bonanza Kereta.
Seramai 20 rakan niaga jualan redONE menjadi pemenang Pemberian Bonanza Kereta.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) pertama di Malaysia, redONE Network Sdn Bhd (Malaysia) atau redONE menyasarkan jualan sebanyak RM600 juta pada tahun 2022.

Ketua Pegawai Jualannya, Ben Teh optimis sasaran itu mampu dicapai melalui strategi yang akan dilaksanakan oleh syarikat.

“Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini, tidak dinafikan 2021 merupakan tahun yang memberi impak besar kepada masyarakat serta industri di seluruh negara.

“Tahun lepas merupakan tahun yang mencabar bagi kita semua. Namun, kami mencapai banyak sasaran dan saya percaya pada tahun 2022 akan menjadi tahun yang lebih hebat,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Pegawai Operasi redONE, Tee Yew Yaw (dua, kiri), Ketua Pegawai Jualan redONE, Ben Teh (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus (dua, kanan) bergambar di Star Nite 2022.
Ketua Pegawai Operasi redONE, Tee Yew Yaw (dua, kiri), Ketua Pegawai Jualan redONE, Ben Teh (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus (dua, kanan) bergambar di Star Nite 2022.

Ben Teh ditemui pada majlis makan malam tahunan, redONE Star Nite 2022 pada 22 Januari lepas bertujuan menghargai kerjasama rakan niaga jualannya.

Acara tahunan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur City Centre (KLCC) itu juga meraikan pencapaian serta prestasi cemerlang rakan-rakan jualan redONE pada 2021.

Pada masa sama, program itu juga memperingati ulang tahun ke-10 syarikat berkenaan dengan malam ganjaran dan persembahan.

Artikel Berkaitan:

Ben Teh berkata, pihaknya amat menghargai usaha dan semangat dedikasi rakan niaga jualan mereka dalam membawa perkhidmatan redONE ke peringkat lebih tinggi.

Pasaran ASEAN

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus berkata, redONE bakal melangkah jauh dengan mengembangkan organisasi mereka dalam pasaran negara ASEAN.

“Kami berbangga kerana telah melancarkan perkhidmatan di luar Malaysia antaranya Singapura dan Thailand dalam tempoh 10 tahun pertama penubuhan.

redONE menaja PDRM FC dan Sabah FC bagi musim bola sepak pada tahun 2022.
redONE menaja PDRM FC dan Sabah FC bagi musim bola sepak pada tahun 2022.

“Melangkah ke hadapan, kami sedang berusaha memulakan perniagaan di Filipina dan Indonesia pada tahun ini diikuti negara ASEAN lain dalam masa terdekat,” ujarnya.

Menurutnya, redONE Star Nite 2022 dihadiri lebih 1,100 rakan niaga jualan dan strategik serta pengurusan kanan redONE.

Lebih menarik lagi, kesemua tetamu termasuk pengurusan tertinggi redONE turut melakukan upacara menggaul ‘yee sang’ sebagai simbolik untuk memperoleh nasib yang baik, kesejahteraan dan semua perkara yang dilakukan memperoleh keuntungan ketika Star Nite 2022.

Insentif tunai

Insentif tunai berjumlah RM500,000 diberikan kepada 53 rakan jualan yang mencapai prestasi cemerlang melibatkan 12 kategori.

Antara kategori yang ditampilkan adalah Jualan Tertinggi Nasional, Jualan Tertinggi Serantau, Jualan Tertinggi Secara Dalam Talian serta Pengambilan Penasihat Jualan Tertinggi Nasional.

“Beberapa pusingan cabutan bertuah turut dijalankan dan seramai 120 pemenang bertuah membawa pulang gajet, baucar dan kredit eWallet bernilai RM120,000.

Dalam pada itu, Ben Teh berkata, redONE turut menampilkan tajaan 2022 untuk dua kelab bola sepak tempatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC dan Sabah FC dalam acara berkenaan.

“Setiap pasukan mempamerkan kemahiran mereka di atas pentas yang menerima tepukan gemuruh daripada orang ramai,” katanya.

Jelasnya, pelbagai perkongsian strategik turut dipaparkan dan diperkenalkan pada majlis itu.

Ben Teh (tiga dari kiri) bersama rakan niaga jualan redONE yang menerima insentif tunai bernilai RM500,000 ketika Star Nite 2022.
Ben Teh (tiga dari kiri) bersama rakan niaga jualan redONE yang menerima insentif tunai bernilai RM500,000 ketika Star Nite 2022.

“Kemuncak acara itu ialah Pemberian Bonanza Kereta yang dinanti-nantikan oleh semua tetamu, di mana sebanyak 20 kereta baharu akan diberikan kepada rakan jualan yang layak dalam cabutan bertuah pada malam itu.

“Satu tiket cabutan bertuah Kereta Bonanza diberikan kepada setiap rakan jualan bagi setiap 100 talian pascabayar yang diaktifkan sepanjang tahun 2021," katanya.

Beliau memberitahu, kereta yang diberikan ialah BMW X1 (dua unit), Mitsubishi Triton (dua unit), Proton X70 (dua unit), Proton X50 (dua unit), Perodua Ativa (dua unit) dan Perodua Bezza (10 unit).

RedONE ditubuhkan pada 2012 dan menyediakan perkhidmatan pascabayar yang berpatutan dengan pelan bermula serendah RM8 sebulan.

Melalui penggunaan infrastruktur 4G LTE, pelanggan redONE boleh menikmati sambungan internet yang lancar dan panggilan suara tanpa gangguan di seluruh Malaysia pada harga mesra bajet.

Pengurusan tertinggi redONE menggaul ‘yee sang’ di pentas Star Nite 2022.
Pengurusan tertinggi redONE menggaul ‘yee sang’ di pentas Star Nite 2022.