Varian Omicron ditemui pada rusa ekor putih di New York

Rusia ekor putih menjalani ujian calitan hidung untuk mengesan varian Omicron.- Agensi
Rusia ekor putih menjalani ujian calitan hidung untuk mengesan varian Omicron.- Agensi
A
A
A

NEW YORK - Penemuan varian Omicron pada rusa berekor putih di New York menimbulkan kebimbangan bahawa spesies haiwan itu mungkin adalah hos bagi sejenis varian baru koronavirus, menurut seorang ketua penyelidik pada Selasa.

Sampel darah dan beberapa sampel ujian calitan hidung yang diambil daripada 131 ekor rusa dari Pulau Staten di New York mendedahkan hampir 15 peratus daripadanya mempunyai antibodi virus.

Keputusan tersebut mencadangkan bahawa haiwan itu pernah mengalami jangkitan koronavirus sebelum ini dan mudah terdedah kepada jangkitan semula secara berulang kali oleh varian-varian baharu.

"Jangkitan virus dalam populasi haiwan seringkali menimbulkan kemungkinan bahawa ia mungkin menular dalam kalangan manusia, namun lebih penting lagi, ia memberi lebih peluang untuk virus itu berubah menjadi varian baharu," kata ahli mikrobiologi veterinar di Universiti Penn State, Suresh Kuchipudi.

"Apabila virus menjalani mutasi sepenuhnya, ia dapat mengelakkan perlindungan daripada vaksin sedia ada. Jadi kami perlu menukar vaksin sekali lagi," katanya.

Difahamkan, penemuan itu adalah kali pertama dikesan pada seekor haiwan liar ketika jangkitan Covid-19 di AS dilaporkan semakin berkurangan.

Jabatan Pertanian AS berkata, meskipun tiada bukti bahawa haiwan menyebarkan virus itu kepada manusia, kebanyakan jangkitan koronavirus dilaporkan berlaku dalam spesies yang mempunyai kontak rapat dengan seseorang individu yang dijangkiti Covid-19. - Agensi

Artikel Berkaitan: