Tukang kebun dipenjara tujuh tahun, tiga sebatan guna dadah berulang

Tertuduh (dua kiri) dikenakan penjara tujuh tahun dan tiga sebatan.
Tertuduh (dua kiri) dikenakan penjara tujuh tahun dan tiga sebatan.
A
A
A

KUALA PILAH - Padah mengambil dadah berulang kali, seorang penagih tegar dihukum penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu kerana mengambil dadah morphine, Julai dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Fadli Kahar, 38, merupakan tukang kebun dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah mengguna dan memberikan dadah kepada diri sendiri di hadapan Hakim Norma Ismail sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 27 Julai 2020 di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis daerah Tampin jam lebih kurang jam 8.40 malam.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39C (1) akta sama.

Bagaimana tertuduh kemudian dikenakan hukuman lebih berat mengikut Seksyen 39C (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 berikutan pernah menerima hukuman mengikut Seksyen 39C (1) akta sama pada 2016.

Tertuduh dikenakan penjara lima tahun dan satu kali sebatan atas kesalahan sebelum ini, namun kembali melakukan perbuatan sama dua tahun lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: