Saskatchewan di Kanada tarik arahan pakai pelitup muka

Bandar raya Regina yang terletak dalam wilayah Saskatchewan akan menarik semula pemakaian pelitup muka pada Ahad ini. - Foto YouTube
Bandar raya Regina yang terletak dalam wilayah Saskatchewan akan menarik semula pemakaian pelitup muka pada Ahad ini. - Foto YouTube
A
A
A

OTTAWA - Wilayah Saskatchewan di Kanada mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan menarik semua sekatan Covid-19 termasuk pelaksanaan pemakaian pelitup muka dan arahan bagi menunjukkan bukti sudah divaksinasi sebelum masuk di dalam bangunan untuk tujuan makan serta minum.

Kebanyakan langkah-langkah dan sekatan bagi menghalang penularan Covid-19 di Saskatchewan diperkenalkan pada bulan September tahun lalu apabila varian Delta menular di Kanada, namun kebanyakan sekatan itu akan berakhir pada tengah malam pada Ahad ini.

"Dasar ini telah berjalan dengan lancar," kata Ketua Menteri Saskatchewan, Scott Moe pada satu sidang akhbar seperti dilaporkan oleh AFP.

Beliau menyatakan bahawa lebih 80 peratus penduduk Saskatchewan telah menerima dua suntikan vaksin Covid-19.

Tambahnya, kira-kira separuh daripada penduduk di wilayah tersebut telah mendapat suntikan penggalak dan kini sudah tiba masanya untuk mengkategorikan Covid-19 sebagai endemik. - Agensi

Artikel Berkaitan: