Jenazah Rayan selamat dikebumikan

Jenazah Rayan dikebumikan di kampung Ighrane, Maghribi pada Isnin. - Foto AP
Jenazah Rayan dikebumikan di kampung Ighrane, Maghribi pada Isnin. - Foto AP
A
A
A
IGHRANE - Ratusan orang pada Isnin menghadiri pengebumian Rayan Awram iaitu kanak-kanak lelaki Maghribi yang meninggal dunia setelah terjatuh dan terperangkap selama lima hari di dalam sebuah perigi pada minggu lalu.

Rayan dipercayai terjatuh di dalam perigi kering dan sempit sedalam 32 meter di kampung Ighran iaitu sebuah kawasan pergunungan dan mencetuskan operasi menyelamat yang mencengkam dunia tetapi berakhir dengan tragedi.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu berjaya dikeluarkan dari perigi tersebut yang terletak di luar rumah ibu dan bapanya dalam operasi menyelamat pada Sabtu lalu, namun disahkan meninggal dunia.

Beratus-ratus berdiri untuk berkabung di tanah perkuburan di bukit terpencil di wilayah Chefchaouen utara yang terletak beberapa kilometer dari lokasi kemalangan ketika seorang imam membacakan doa selepas jenazahnya dikebumikan.

Keranda kecil kanak-kanak lelaki itu dibalut dengan kain hijau.

Pemerintah Maghribi, Raja Mohammed VI turut mengucapkan takziah kepada ibu dan bapa Rayan berikutan kematiannya. - Agensi

Artikel Berkaitan: