Judi: Dua premis di Kampar dipotong bekalan elektrik

Dua premis di Gopeng dikenakan tindakan pemotongan elektrik dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kampar bersama TNB pada Isnin.
Dua premis di Gopeng dikenakan tindakan pemotongan elektrik dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kampar bersama TNB pada Isnin.
A
A
A

KAMPAR - Dua premis di daerah Kampar dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik selepas didapati menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen dalam satu operasi pada Isnin.

Operasi selama dua jam bermula 2.45 petang itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, operasi itu membabitkan sebuah kedai runcit dan premis menjual telefon di Taman Gopeng Jaya dan Desa Lawan Kuda dekat Gopeng.

"Operasi dijalankan mengikut undang-undang dengan kuasa-kuasa di bawah Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001).

"Setelah dikenal pasti, kerja-kerja pemotongan elektrik dilakukan oleh pihak TNB ke atas kedua-dua premis berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, operasi terbabit akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah untuk mengurangkan kegiatan perjudian haram di daerah ini.

Artikel Berkaitan: