[VIDEO] Tutup sekolah jalan terakhir: Khairy Jamaluddin

Penutupan sekolah adalah jalan terakhir sekiranya penularan Covid-19 di dalam sektor pendidikan adalah buruk.- Gambar hiasan
Penutupan sekolah adalah jalan terakhir sekiranya penularan Covid-19 di dalam sektor pendidikan adalah buruk.- Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Penutupan sekolah adalah jalan terakhir sekiranya penularan Covid-19 di dalam sektor pendidikan semakin buruk.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ketika ini tiada jangkitan kategori empat dan lima dalam kalangan pelajar yang dijangkiti Covid-19.

"Penutupan sekolah memberi kesan yang besar terhadap pembangunan sama ada intelek dan sahsiah diri pelajar," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Isnin.

Menurutnya, penilaian risiko akan dilaksanakan di sekolah.

"Mereka yang positif jangan datang ke sekolah, kelas yang mempunyai kes positif akan ditutup sementara," katanya.

Beliau berkata, keputusan untuk pelajar kembali berada di rumah merupakan langkah terkebelakang.

"Dengan adanya 90 peratus daripada remaja kita sudah divaksinasi, lebih 90 peratus guru sudah divaksinasi dan selepas ini kanak-kanak juga divaksinasi, apa lagi yang boleh kita lakukan?" katanya.

Khairy berkata, peningkatan kluster pendidikan disumbangkan oleh pelajar di sekolah berasrama.

Artikel Berkaitan:

"Pelajar apabila kembali ke asrama, pematuhan terhadap SOP adalah rendah termasuk tidak memakai pelitup muka atau menjaga kebersihan selain isu pengudaraan," katanya.

Ujarnya, KKM akan berbincang dengan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menambah baik SOP asrama.

"Setakat ini jangkitan masih boleh ditangani dengan baik," katanya.

Pada minggu epidemiologi ke-lima (ME ke-5), sebanyak 52 daripada 89 kluster baharu adalah dikenalpasti sebagai kluster pendidikan.