Sila log masuk terlebih dahulu.

PRN Johor: Mukhriz gesa SPR lebih agresif buat hebahan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu lebih agresif dalam membuat hebahan melalui media arus perdana serta sosial bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengundi baharu akan hak dan kepentingan mereka, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, SPR perlu melaksanakan usaha itu bagi mencapai jumlah peratusan keluar mengundi tinggi supaya kerajaan Johor yang bakal terbentuk benar-benar mendapat mandat rakyat negeri itu.

"Selain itu, Pejuang ingin menyarankan agar hari mengundi diadakan pada hari Sabtu supaya tiada keperluan untuk pengundi mengambil cuti bagi menunaikan tanggungjawab mereka kelak.

"Pejuang berpendapat calon perlu diberi peluang menyantuni rakyat di lapangan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan adil kepada semua pihak," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau juga berkata, PRN Johor perlu berlangsung dengan teratur serta adil bagi semua pihak dan parti itu yakin SPR mampu memikul tanggungjawab bagi memastikan sistem demokrasi negara lebih cekap serta telus.

PRN Johor diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 Januari lepas dan SPR dijangka mengumumkan tarikh pilihan raya itu pada 9 Februari ini selepas mengadakan mesyuarat khas.

Mukhriz juga meminta SPR memudahkan proses pendaftaran sebagai pengundi pos selain memastikan kaedah pengundiannya, termasuk penghantaran kertas undi dilakukan secara mudah, telus dan menepati masa untuk dikumpul di pusat penjumlahan. - Bernama

Artikel Berkaitan: