Penunggang motosikal maut elak kereta buat pusingan u

Mangsa cuba mengelak sebuah kereta yang cuba membuat pusingan u sebelum terbabas.
Mangsa cuba mengelak sebuah kereta yang cuba membuat pusingan u sebelum terbabas.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan PJU 1A/4A, Ara Damansara di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian sekitar jam 10.47 pagi itu, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun cuba mengelak sebuah kereta yang sedang membuat pusingan u di hadapan Pacific Place di sini.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang menuju ke Lembah Sunang telah mengelak kereta jenis Proton Wira Aeroback yang datang dari arah kiri di laluan sama untuk membuat pusingan u.

"Mangsa telah terbabas dan terlanggar pembahagi jalan menyebabkannya jatuh di atas jalan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Saksi kejadian dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 01132311232 bagi membantu siasatan,"ujarnya.

Artikel Berkaitan: