Pendakian ke puncak Gunung Everest akan lebih sukar

Gambar fail menunjukkan sejumlah pendaki menuju ke puncak Gunung Everest. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan sejumlah pendaki menuju ke puncak Gunung Everest. - Foto AFP
A
A
A

AUGUSTA - Pendakian ke puncak Everest iaitu gunung tertinggi di dunia terletak di Nepal dijangka menjadi lebih sukar berikutan masalah perubahan iklim dunia ketika ini.

Satu kajian yang dilakukan di sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menunjukkan bahawa glasier tertinggi di Gunung Everest, South Col Glacier kehilangan ais sejak beberapa dekad lalu akibat daripada peningkatan suhu.

Ia boleh menyebabkan lebih banyak runtuhan salji dan masalah bekalan air berkurangan yang mana lebih satu bilion orang bergantung untuk air minuman dan pengairan.

Pencairan yang meningkat juga boleh menjadikan pendakian Gunung Everest menjadi lebih mencabar ekoran batuan asas yang lebih terdedah, menurut satu pasukan kajian daripada Universiti Maine di AS.

Menurut Mariusz Potocki iaitu ahli glasiokimia yang merupakan anggota kajian itu, ramalan iklim untuk Himalaya mencadangkan ia akan dilanda pemanasan dan kehilangan jisim glasier yang secara berterusan.

Ia sekali gus merupakan cabaran utama untuk para pendaki di seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada kajian tersebut, pasukan penyelidikan itu memasang dua buah stesen cuaca dan mengumpul teras ais dari puncak Gunung Everest.

Stesen cuaca itu berada pada ketinggian 8,420 meter dan 7,945 meter menjadikannya stesen cuaca tertinggi di dunia.

Artikel Berkaitan:

Mengikut pengiraan yang diumumkan pada November 2021, ketinggian gunung tersebut ialah 8,848 meter. - Agensi