JAS Selangor kesan kebakaran kecil di Johan Setia

Pegawai penguatkuasa JAS Selangor mengesan kebakaran kecil di kawasan revolusi hijau Johan Setia, di sini ketika pihaknya melakukan pemantauan dan pencegahan pembakaran di kawasan berkenaan.
Pegawai penguatkuasa JAS Selangor mengesan kebakaran kecil di kawasan revolusi hijau Johan Setia, di sini ketika pihaknya melakukan pemantauan dan pencegahan pembakaran di kawasan berkenaan.
A
A
A

KLANG - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mengesan kebakaran kecil di kawasan revolusi hijau Johan Setia, di sini ketika pihak pegawai penguatkuasanya melakukan pemantauan dan pencegahan pembakaran di kawasan berkenaan.

JAS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan pasukan peronda juga mengesan asap berpunca dari pembakaran terbuka rumput kering di kawasan berpagar yang dijadikan parkir lori.

Menurutnya, arahan pemadaman diberikan kepada penjaga kawasan tersebut dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh JAS Selangor.

"JAS sentiasa memberi peringatan kepada orang awam mengenai tindakan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada individu yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kompaun maksimum sebanyak RM 2,000 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut," kata hantaran tersebut pada Khamis.

Artikel Berkaitan: