Mayat warga emas ditemui dengan kesan kebakaran

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong membantu mengambil mayat dari rumah berkenaan. - Foto JBPM
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong membantu mengambil mayat dari rumah berkenaan. - Foto JBPM
A
A
A

BENTONG - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dengan kesan kebakaran di Batu 1,Flat Purnama di sini pada Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, terdapat kesan kebakaran pada kain yang menutupi mayat mangsa yang dikenali Kan Kok Chong, 64.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 4.10 petang daripada pihak polis untuk membantu mengambil mayat tersebut di dalam rumah terbabit.

"Dalam laporan polis, mayat disyaki telah dibunuh dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

"Pasukan bomba memohon bantuan pasukan penyiasatan kebakaran untuk menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut," kata beliau dalam kenyataan pada Ahad.