Abdul Hadi penuhi lawatan kerja empat hari ke Qatar

Abdul Hadi ketika mengadakan pertemuan dengan pihak kerajaan Qatar menerusi lawatan kerja empat hari pada 31 Januari hingga Jumaat.
Abdul Hadi ketika mengadakan pertemuan dengan pihak kerajaan Qatar menerusi lawatan kerja empat hari pada 31 Januari hingga Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA – Utusan Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyempurnakan lawatan kerja selama empat hari ke Qatar pada 31 Januari hingga Jumaat di atas persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pejabat Utusan Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah dalam kenyataan pada Jumaat memberitahu, lawatan bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Qatar selain membincangkan isu kepentingan bersama di rantau Timur Tengah dan seluruh umat Islam.

“Fokus utama lawatan ialah menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dalam usaha pembangunan semula Afghanistan.

"Ia juga termasuk penyelarasan misi bantuan kemanusiaan di samping membuka pintu kerjasama baharu antara kedua-dua negara khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kebajikan bagi manfaat bersama," kata kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut menyebut, Abdul Hadi sempat mengadakan kunjungan ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Qatar yang baharu dan beramah mesra dengan rakyat Malaysia di Qatar.

Selain itu, kenyatan berkenaan turut memaklumkan Abdul Hadi mengadakan pertemuan dengan pemegang taruh utama seperti Perdana Menteri, Sheikh Khalid bin Khalifa bin Abdul Aziz Al-Thani; Menteri Perdagangan dan Industri, Sheikh Mohamed bin Hamad bin Qassim Al-Abdullah Al-Thani dan Penolong Menteri Luar dan Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Lolwah binti Rashid Al-Khater.

Tambah kenyataan itu, Abdul Hadi kini sedang menjalani kuarantin di rumah mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel Berkaitan: