[VIDEO] Dr Mahathir masih jalani rawatan pemulihan di IJN

Tun Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah. - Foto Pejabat Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah. - Foto Pejabat Tun Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjalani proses rawatan pemulihan di Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau pada Jumaat, Dr Mahathir telah dibenarkan pulang ke rumah pada 2 Februari lalu dan kembali ke institut berkenaan bagi menjalani sesi fisioterapi serta prosedur perubatan lanjut.

"Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyampaikan ucapan terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan daripada orang ramai.

"Dr Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini dinasihatkan untuk tidak menerima sebarang kunjungan pelawat," katanya.

Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan keluar enam hari kemudian.

Pada 16 Disember 2021, beliau turut dimasukkan ke pusat sama untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Artikel Berkaitan: