X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Tun M dimasukkan ke IJN, pengamal media mula berkampung

Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A

KUALA LUMPUR - Pengamal media mula berkampung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Sabtu bagi mengikuti perkembangan semasa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia selepas wujud dakwaan mengatakan Ahli Parlimen Langkawi itu berada di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan keadaan kesihatan beliau tidak begitu baik.

Dalam pada itu, IJN memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat berhubung keadaan Dr Mahathir.

Pada 7 Januari lalu, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu sekali lagi dimasukkan ke IJN hanya 16 hari selepas keluar daripada pusat perubatan itu pada Disember.

IJN dalam kenyataan memaklumkan, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN kerana perlu menjalani prosedur perubatan elektif.

"Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN hari ini untuk menjalani prosedur perubatan elektif,” katanya.

(MENYUSUL)


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!