Keluarga Tarrant mohon maaf

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Keluarga pengganas dari Australia, Brenton Tarrant meluahkan kesedihan terhadap mangsa pembunuhan Christchurch dan menganggap keganasan tersebut tidak boleh membaiki apa-apa.

Nenek Tarrant, Marie Fitzgerald, 81, memberitahu Nine News di Grafton, Australia bahawa dia pernah mengasuh cucunya yang kini berusia 28 tahun bersama kakaknya ketika mereka masih kecil.

No Image Caption

Titzgerald memberitahu, Tarrant merupakan seorang budak biasa yang gemar menghabiskan masa dengan komputer.

Tetapi serangan yang dilancarkan pada Jumaat telah menunjukkan Tarrant berubah sepenuhnya dan membuatkan keluarga mereka amat terkejut.

Bapa saudara pengganas tersebut, Terry Fitzgerald berkata, dia tidak dapat memikirkan orang lain selain mangsa-mangsa serangan itu.

No Image Caption

"Kami minta maaf kepada keluarga mangsa yang telah terkorban dan cedera di sana," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, perdana menteri Australia Scott Morrison berkata, beliau tidak berminat untuk membaca manifesto setebal 74 muka surat yang disebarkan di media sosial dengan memanggilnya sebagai 'lemah'.

Beliau dan Ketua Pembangkang Bill Shorten menyeru pengendali media sosial seperti Facebook untuk bertindak tegas terhadap kandungan keganasan dan kebencian selepas penstriman langsung serangan itu menjadi tular.