Kontraktor bersihkan tanah, air tercemar

Osman pada sidang media selepas taklimat perkembangan operasi pembersihan Sungai Kim Kim di Menara Aqabah, hari ini.
Osman pada sidang media selepas taklimat perkembangan operasi pembersihan Sungai Kim Kim di Menara Aqabah, hari ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Kontraktor pembersihan Sungai Kim Kim, di sini sudah membersihkan tanah dan air yang dikenal pasti mengandungi sisa bahan kimia.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, sebanyak 150 metrik tan air serta 300 metrik tan tanah tercemar dan enap cemar dibersihkan dari sungai tersebut.

Menurutnya, air dan tanah tercemar itu dihantar ke sebuah kilang di Pasir Gudang untuk dibakar pada suhu antara 800 hingga 1,200 darjah celcius.

“Sisa daripada pembersihan itu juga (kemudiannya) akan dihantar ke Bukit Pelanduk di Seremban untuk dilupuskan di sana.

“Walaupun kita beranggapan sisa itu sudah ‘zero’, tapi masih lagi kita hantar di sana untuk kita lupuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat perkembangan operasi pembersihan Sungai Kim Kim di Menara Aqabah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, dalam sesi taklimat tersebut, osman turut memberikan idea supaya dapat didirikan pondok keselamatan di Sungai Kim Kim yang dipantau pihak berkuasa tempatan.

“Letak dua anggota, bertukar syif untuk memantau kawasan itu supaya tak berulang perkara yang sedemikian.

Artikel Berkaitan:

"Usaha pemantauan terperinci akan dilakukan di seluruh negeri ini, melibatkan lokasi yang dikenal pasti berlakunya pembuangan sisa bahan kimia,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian pencemaran itu dan dijangka akan ada tindakan dalam tempoh satu atau dua hari.

Sementara itu, Osman berkata, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan datang ke Pasir Gudang esok untuk menentukan pembukaan semula sekolah di Pasir Gudang.