Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat penipuan jual beli dalam talian

Suspek yang ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kerana terlibat dalam kes penipuan jual beli dalam talian.
Suspek yang ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kerana terlibat dalam kes penipuan jual beli dalam talian.
A
A
A

ALOR SETAR - Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menahan dua lelaki dipercayai terlibat kes penipuan jual beli dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kedua- dua lelaki tempatan berusia 35 dan 36 tahun itu terlibat kes penipuan jual beli kamera dalam laman mudah.my dan kes penipuan jual beli kereta di Facebook.

Katanya, kedua-dua suspek mengakui telah mengepos kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mereka kepada satu alamat untuk membuat pinjaman wang secara dalam talian.

"Semua maklumat perbankan seperti kata laluan, kata laluan internet banking dan maklumat keselamatan turut diserahkan kepada ejen peminjam wang dengan alasan sebagai syarat untuk membuat permohonan pinjaman wang melalui dalam talian," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Menurutnya, selepas kad ATM dipos, sindiket itu akan menjual pula kad ATM terbabit kepada mana-mana sindiket seperti sindiket Macau scam, love scam, pelaburan tidak wujud, pinjaman wang tidak wujud dan penipuan belian dalam talian.

"Kebanyakan pemilik akaun ini akan tersedar, kad ATM mereka digunakan untuk kemasukan wang penipuan selepas pihak polis menghubungi mereka atau pihak bank telah menyekat akaun mereka," katanya.

Tambah Ahmad Shukri, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dengan mendorong supaya harta diserahkan.

Menurutnya, setakat ini kadar kes penipuan e-Belian Komersil IPD Kota Setar bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu adalah sebanyak 105 kes berbanding tahun 2020 iaitu sebanyak 66 kes.

Artikel Berkaitan:

"Menunjukkan peningkatan sebanyak 39 kes pada tahun lalu dan peningkatan kes ini menyebabkan jumlah kerugian bertambah. Kerugian bagi tahun 2020 berjumlah RM 525,535.30 manakala bagi tahun lalu sebanyak RM 1,313,392.38, menunjukkan pertambahan kerugian sebanyak RM 787,857.08," katanya.

Beliau menasihati, sebelum membuat sebarang bayaran orang ramai boleh membuat semakan status akaun di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my>semakmule. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi CCIS Response Centre di talian 03-26101559 / 1599.