862 premis judi diserbu tahun lepas

Foto 123rf
Foto 123rf
A
A
A

MELAKA - Sebanyak 862 premis perjudian diserbu polis Melaka sepanjang tahun lepas membabitkan premis menjual tambah nilai, judi dalam talian, pusat panggilan, judi loteri awam tanpa lesen, judi dalam bangunan, judi tempat bebas dan catit taruh haram (bookie bola sepak).

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, sebanyak 260 serbuan membabitkan kegiatan loteri awam tanpa lesen, judi dalam talian (565 serbuan), pusat panggilan (lima serbuan), judi catit taruh (11 serbuan), judi dalam bangunan (18 serbuan) dan judi tempat bebas (tiga serbuan).

"Sebanyak 96 premis menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen dikenakan tindakan potongan bekalan elektrik pada tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 1,047 tangkapan dilaksanakan dan 607 peralatan perjudian termasuk komputer, telefon bimbit serta wang tunai sebanyak RM159,269.

Tambahnya, sebanyak 862 kertas siasatan dibuka sepanjang tahun lepas membabitkan 565 kes judi dalam talian, dengan 308 kes telah dituduh di mahkamah dan selebihnya masih dalam tindakan.

Sementara itu Abdul Majid berkata, bagi tempoh Januari tahun ini, sebanyak 61 serbuan dilakukan melibatkan judi dalam talian (37 serbuan), judi loteri awam tanpa lesen (23 serbuan) dan judi tempat bebas (satu serbuan).

Beliau turut memberitahu, polis Melaka turut menahan 70 individu dan merampas 40 telefon bimbit, wang tunai bernilai RM9,005 serta 61 kertas siasatan telah dibuka dan masih dalam peringkat siasatan bagi tujuan pertuduhan di mahkamah.

"Tindakan serbuan, tangkapan dan rampasan yang dijalankan sepanjang tahun 2021 sedikit sebanyak telah memberi impak besar kepada individu dan sindiket perjudian terutama yang aktif di Melaka.

Artikel Berkaitan:

"Polis Melaka memandang serius terhadap aktiviti-aktiviti perjudian dan sentiasa fokus serta komited dengan mengambil tindakan berterusan dalam usaha memastikan aktiviti perjudian di Melaka dapat dihapuskan," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!