Enam lelaki ditahan terlibat dadah

Op Pencegahan Jenayah sempena Tahun Baharu Cina dijalankan sekitar daerah Selama bersama Jabatan Sukarelawan bagi mengekang jenayah di daerah Selama. - Foto Ihsan FB Polis Daerah Selama
Op Pencegahan Jenayah sempena Tahun Baharu Cina dijalankan sekitar daerah Selama bersama Jabatan Sukarelawan bagi mengekang jenayah di daerah Selama. - Foto Ihsan FB Polis Daerah Selama
A
A
A

LARUT - Enam lelaki termasuk seorang remaja berusia 14 tahun ditahan dalam Op Pencegahan Jenayah sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Selama di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd Sabri Saad berkata, kesemua suspek berusia 14 tahun hingga 30-an itu didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, polis turut merampas 28 gram dadah jenis methamphetamine bernilai RM3,000 daripada salah seorang suspek.

"Suspek berkenaan didapati melakukan pengedaran secara kecil-kecilan di kawasan setempat

"Kesemua suspek direman selama sehingga Jumaat ini untuk siasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Mohd Sabri berkata, polis giat melaksanakan operasi dengan mengadakan sekatan jalan raya dan rondaan pencegahan jenayah bagi mengekang sebarang perlakuan jenayah di musim perayaan ini.

"Peningkatan jumlah kenderaan yang masuk ke daerah ini juga menjadi faktor kawalan dilakukan polis supaya tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Polis Selama sentiasa melaksanakan operasi dan program untuk memastikan ketenteraman awam terpelihara selain mendidik masyarakat tentang peranan komuniti membantu pihak berkuasa memerangi jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan: