Banjir: Selangor teliti bantuan sesuai untuk petani, penternak

Izham Hashim
Izham Hashim
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan meneliti bentuk bantuan sesuai untuk diberikan kepada petani dan penternak yang terjejas akibat bencana banjir pada Disember lalu.

Exco Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ir Izham Hashim berkata, kategori kerosakan akan dinilai bagi memastikan golongan terbabit dapat mengusahakan kembali tanaman dan ternakan.

"Pihak kami masih dalam fasa mengumpulkan maklumat lengkap permohonan bantuan daripada pihak berkaitan. Memang ada (petani dan penternak terjejas banjir), namun perlu menunggu aduan rasmi daripada agensi atau jabatan bertanggungjawab.

“Selepas Tahun Baharu Cina nanti baru dapat mengenalpasti tahap kerosakan dan jenis-jenis bantuan yang akan diberikan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, pada Selasa.

Artikel Berkaitan: