Fitnah PM: Setiausaha Politik lapor polis terhadap tiga portal

Mohammad Anuar (tengah) ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Isnin.
Mohammad Anuar (tengah) ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Satu laporan polis dibuat terhadap tiga portal tempatan berikutan kenyataan palsu dan fitnah yang boleh mencemarkan nama baik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Laporan tersebut dibuat Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada Isnin.

Mohammad Anuar menyifatkan tindakan terbabit tidak beretika dan mengganggu ketenteraman awam memberitahu bahawa beliau mengesan tiga pautan laporan berita terbabit masing-masing berkait isu 'Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat'.

"Ketiga-tiga portal ini dengan sengaja dan tidak beretika membuat laporan yang salah dengan niat jahat serta mencemarkan nama baik Perdana Menteri.

"Menyebarkan kenyataan itu juga menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi pada Isnin.

Beliau berkata, kenyataan terbabit telah dimanipulasikan oleh ketiga-tiga portal itu daripada kenyataan sebenar Perdana Menteri kepada pemberita dalam satu majlis di Bera, Pahang pada Sabtu lalu.

Malah katanya, sidang media ketika itu juga tidak dihadiri ketiga-tiga portal berkenaan.

"Laporan polis ini dibuat supaya pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan ke atas portal tersebut yang memutar belit dan menyebarkan berita hingga menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri," ujarnya

Artikel Berkaitan: