Mihas 2021 pertama secara maya berjaya jana dagangan RM2.13 bilion

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 202 yang pertama kali dijalankan secara maya sepenuhnya, berjaya menjana jualan eksport berjumlah RM2.13 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, jualan eksport itu merangkumi jualan masing-masing sebanyak RM1.38 bilion oleh pempamer manakala RM749.1 juta dicatatkan oleh syarikat-syarikat Malaysia yang menyertai Program Penyumberan Luar Antarabangsa (INSP).

"INSP secara maya itu merupakan program padanan perniagaan yang menyaksikan 46 buah pejabat Matrade di luar negara bertindak memadankan pengeksport Malaysia dengan pembeli antarabangsa yang berpotensi,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Mihas telah diadakan pada 9 September-3 Disember 2021 yang turut membuktikan kedudukannya yang mantap sebagai lokasi global bagi ekonomi halal yang terus berkembang.

Pempamer Malaysia menyumbang sebanyak RM562 juta bagi jumlah jualan manakalan pempamer asing turut mencatatkan jualan menggalakkan yang didahului oleh Indonesia dengan jualan tertinggi sebanyak RM403.4 juta dan diikuti Filipina (RM199.3 juta), Vietnam (RM103.8 juta), Pakistan (RM36.0 juta) serta Brazil (RM13.2 juta).

Selain itu, Perkhidmatan Kewangan Islam yang berjumlah RM380.9 juta dan 27.6 peratus, mencatatkan jumlah jualan tertinggi dalam kalangan 12 kluster utama yang menjadi tumpuan Mihas 2021 dan diikuti dengan minuman (RM329.6 juta, 23.9 peratus), makanan diproses (RM150.6 juta, 10.9 peratus), farmaseutikal, keperluan mandian dan kosmetik (RM138.0 juta, 10.0 peratus) serta hasil pertanian (RM106.7 juta, 7.7 peratus).

Mustafa berkata, mengorak langkah ke hadapan, Matrade menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk bertindak memanfaatkan sebanyak 286 program pembangunan pengeksport dan usaha promosi eksport anjurannya yang dirancang bagi 2022.

"Matrade akan terus menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai sektor awam dan swasta dalam melaksanakan program berteraskan eksport untuk memacu lebih banyak peluang berkaitan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: