Bapa Azizulhasni meninggal dunia

Gambar kenangan Azizulhasni (kiri) bersama arwah bapanya, Awang.
Gambar kenangan Azizulhasni (kiri) bersama arwah bapanya, Awang.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dilaporkan meninggal dunia awal pagi Isnin.

Berita kematian Awang Embong itu dikongsikan Azizulhasni dalam laman Facebook beliau sebentar tadi.

“Assalamualaikum semua. Untuk makluman, ayah saya Awang Embong telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi.

“Semoga ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” tulis beliau.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan salam takziah kepada Azizulhasni atas kehilangan bapa tercinta.

“Takziah saya ucapkan buat keluarga Azizulhasni atas pemergian bapa tercinta. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam Facebook beliau.

Selain Ahmad Samsuri, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli turut mengutuskan ucapan sama buat Azizulhasni sekeluarga.

Artikel Berkaitan: