KWSP paling dipercayai rakyat Malaysia

KWSP meraih 79 mata dalam indeks kepercayaan manakala Bank Negara Malaysia dan Petronas berkongsi mata sama iaitu 77 mata.- Foto Bernama
KWSP meraih 79 mata dalam indeks kepercayaan manakala Bank Negara Malaysia dan Petronas berkongsi mata sama iaitu 77 mata.- Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi organisasi dan institusi tabung amanah yang paling dipercayai rakyat Malaysia pada tahun 2021.

Memetik laporan Astro Awani pada Ahad, institusi tersebut meraih 79 mata dalam indeks kepercayaan manakala Bank Negara Malaysia (BNM) dan Petronas berkongsi mata sama iaitu 77 mata.

"Turut tersenarai dalam ranking lima teratas ialah Pos Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan masing-masing 75 mata.

"Dapatan kajian itu dilakukan Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) ke atas lebih 100 organisasi dan institusi tabung amanah di negara ini," katanya.

Sementara itu, dapatan kajian turut mendapati kebanyakan syarikat paling dipercayai di Malaysia beroperasi dalam negara.

Bagaimanapun, menurut laporan tersebut, sektor hiburan atau media memperoleh mata paling rendah dipercayai di peringkat global.

Syarikat penstriman terkenal, Netflix, pula mengatakan syarikat itu paling dipercayai dalam industri berkenaan di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Kajian Ipsos mendapati KWSP menjadi tabung amanah paling dipercayai rakyat Malaysia.
Kajian Ipsos mendapati KWSP menjadi tabung amanah paling dipercayai rakyat Malaysia.

Secara keseluruhannya, kepercayaan rakyat kepada syarikat dan institusi telah meningkat secara konsisten pada 2021.

Peningkatan ini mencerminkan peranan yang dimainkan oleh organisasi ketika tahun wabak, cabaran ekonomi dan bencana alam.

Selain itu, syarikat berkaitan kerajaan, pengawal selia kerajaan dan entiti telekomunikasi dilihat mengalami peningkatan kepercayaan yang signifikan.

Sektor utama bagi kepenggunaan, kewangan dan media memperoleh tahap kepercayaan yang stabil, manakala industri automotif mengalami penurunan.

Kajian kepercayaan Ipsos membabitkan 3,000 responden yang ditemu bual secara bersemuka.