X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Pemain muda Harimau Malaya terima kecaman secara positif

Barisan pemain skuad B-23 negara mula menjalani latihan di Komples Sukan PKNS pada Khamis. - Foto FB FAM
A
A

IMPAK kontroversi yang melanda skuad kebangsaan susulan kegagalan pada saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura turut dirasai barisan pemain muda negara.

Apa yang menggusarkan, siri kejohanan yang bakal diharungi skuad Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan musim ini, antaranya Kejuaraan AFF dan Piala Asia, meletakkan anak-anak buah Brad Maloney sebagai ‘mangsa’ seterusnya jika gagal menghadirkan keputusan diharapkan penyokong.

Penyerang Terengganu FC II, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar mengakui sedikit terkesan dengan segala reaksi negatif dan kecaman melampau dilemparkan terhadap skuad Harimau Malaya di media sosial.

Namun, pemain berusia 22 tahun itu tetap menghormati hak penyokong untuk memberikan pandangan sambil menegaskan jika skuad kebangsaan tidak ingin dikecam, mereka perlu menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.

"Berdasarkan apa yang saya nampak, saya ambil yang positif saja. Biarlah mereka (penyokong) nak kecam apa pun, tugas kita senang, hanya satu iaitu balas dengan kemenangan. Kalau kita bagi kemenangan dan muncul juara, tiada lagi kecaman,” katanya.

Nur Azfar yang ditemui pada hari pertama kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan di Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Khamis, turut berharap penyokong tidak terlalu mengikut emosi dalam melontarkan sebarang komen.

Menurutnya, setiap pasukan memerlukan kata-kata positif sebagai motivasi setiap kali turun beraksi.

"Tak semua orang faham bola sepak, di dalam dan luar padang lain. Mereka boleh cakap macam-macam tapi di padang, pemain sahaja tahu macam mana tekanannya. Saya harap semua terus menyokong paSUKAN negara. Kami pemain mengharapkan penyokong sentiasa bagi semangat,” katanya.

Turut senada adalah penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Muhamad Alif Abdul Mutalib yang menyifatkan segala bentuk kritikan keterlaluan tidak memberi faedah kepada pemain dan pasukan.

"Saya melihat dari sudut positif. Bagi kami hanya buat yang terbaik di padang, selebihnya apa penyokong nak cakap terpulang kepada mereka,” katanya yang juga mengharapkan sokongan positif daripada penyokong dan mengakui kepentingan mereka dalam membantu pasukan meraih kejayaan.

Nur Azfar dan Alif kini berada dalam kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari ini. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!