Ahmad Fadhli dilantik Ketua Pemuda PN

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) menyerahkan watikah pelantikan Ketua Pemuda PN kepada Ahmad Fadhli (dua dari kanan).
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) menyerahkan watikah pelantikan Ketua Pemuda PN kepada Ahmad Fadhli (dua dari kanan).
A
A
A

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) telah melantik Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari sebagai Ketua Pemuda PN yang baharu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada Rabu yang turut dihadiri oleh wakil daripada semua parti anggota PN.

"Mesyuarat turut telah bersetuju sebulat suara untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub sebagai Pengerusi PN Melaka yang baharu.

"Kedua-dua pelantikan tersebut berkuat kuasa serta merta," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, mesyuarat tersebut juga telah berbincang secara mendalam mengenai situasi politik semasa, khususnya berhubung kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Artikel Berkaitan: