Kes dadah Isma Halil pindah ke Mahkamah Tinggi

Kes mengedar dadah jenis kanabis yang dihadapi penyampai radio, Ismahalil Hamzah di Mahkamah Majistret, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
Kes mengedar dadah jenis kanabis yang dihadapi penyampai radio, Ismahalil Hamzah di Mahkamah Majistret, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kes mengedar dadah jenis kanabis yang dihadapi penyampai radio, Isma Halil Hamzah di Mahkamah Majistret, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.

Majistret Wong Chai Sia memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes itu namun tarikh prosiding seterusnya belum ditetapkan.

Sementara itu, peguam, Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Isma Halil berkata, laporan dari Jabatan Kimia telah diperolehi dan diserahkan kepada mahkamah.

Beliau berkata, hasil laporan mendapati, berat dadah turun daripada 409 gram kepada 374.6 gram, namun amaunnya masih di bawah peruntukan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ketika keputusan laporan kimia diserahkan kepada mahkamah, anak guam saya kelihatan tenang," katanya ketika ditemui di luar mahkamah, selepas prosiding selesai.

Turut hadir isteri, anak lelaki dan rakan-rakan Isma Halil.

Dalam prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Phulrani Kaur.

Mengikut pertuduhan, Isma Halil, 49 didakwa mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini pada jam 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Artikel Berkaitan:

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.