Stor seleweng gas LPG diserbu

KPDNHEP Selangor menyerbu sebuah premis di Banting, Selangor pada Selasa selepas dipercayai melakukan pemindahan gas LPG secara tidak sah.
KPDNHEP Selangor menyerbu sebuah premis di Banting, Selangor pada Selasa selepas dipercayai melakukan pemindahan gas LPG secara tidak sah.
A
A
A

BANTING - Kegiatan haram pemindahan gas petroleum cecair (LPG) di sebuah stor di sini terbongkar selepas digempur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor pada Selasa.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, serbuan sepasukan Unit Serbuan dan Taktikal (STAS) KPDNHEP Selangor kira-kira jam 2 petang itu berjaya menyita 402 unit tong gas bernilai RM62,448.20.

Menurutnya, siasatan mendapati premis terbabit dipercayai dijadikan sebagai stor untuk menjalankan pemindahan gas LPG tong subsidi 14 kilogram (kg) kepada tong kegunaan industri 50 kg.

"Pemeriksaan awal mendapati lesen runcit premis terbabit telah tamat tempoh sah pada 9 Januari 2020.

Sebuah premis yang diserbu KPDNHEP Selangor di Banting pada Selasa selepas dipercayai melakukan pemindahan gas LPG secara tidak sah.
Sebuah premis yang diserbu KPDNHEP Selangor di Banting pada Selasa selepas dipercayai melakukan pemindahan gas LPG secara tidak sah.

"Seorang lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, KPDNHEP ingin memberi amaran kepada mana-mana individu atau syarikat agar lebih bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti perniagaan dan tidak sesekali melanggar mana-mana peruntukan perundangan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel Berkaitan:

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung salah laku peniaga yang tidak beretika seperti ini boleh mengemukakan aduan melalui saluran rasmi.

"Maklumat boleh disalurkan di portal e-aduan.kpdnhep, Call Centre 1-800-886-800, emel e-aduan@kpdnhep.gov.my, Ez ADU KPDNHEP, Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245 atau WhatsApp di talian 019-279 4317," ujarnya.