Minyak mentah Brent lepasi RM378.36 satu tong

Gambar fail menunjukkan seorang pengguna mengisi petrol di sebuah stesen minyak di London. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan seorang pengguna mengisi petrol di sebuah stesen minyak di London. - Foto AFP
A
A
A

LONDON - Minyak mentah Brent pada Rabu melepasi harga AS$90 (RM378.36) setong untuk mencapai paras tertinggi selama lebih tujuh tahun.

Ia disebabakan oleh ketegangan geopolitik yang berlaku di Ukraine dan kebimbangan bekalan komoditi itu di Timur Tengah.

Penanda aras minyak mentah Brent North Sea di Eropah meningkat setinggi AS$90.42 (RM380.13) pada dagangan di London pada tengah hari sehingga mencapai paras yang pernah dicatatkan pada Oktober 2014.

Kontrak itu kemudiannya berjumlah AS$90.23 (RM379.33) dan naik sebanyak 2.3 peratus berbanding Selasa lalu.

"Dengan harga sekarang melebihi AS$90 (RM378.36) dan mengumpul momentum sekali lagi, mungkin hanya menunggu masa sehingga ia berlegar-legar pada harga AS$100 (RM420.40)," kata seorang penganalisis syarikat OANDA, Craig Erlam kepada AFP.

"Asas (penawaran dan permintaan) kekal menaik untuk harga minyak dan prospek pencerobohan Rusia ke atas Ukraine hanya akan meningkatkan risiko premium." - AFP

Artikel Berkaitan: