Bot rekreasi tanpa lesen ditahan

Bot rekreasi tanpa lesen sah ditahan untuk siasatan lanjut.
Bot rekreasi tanpa lesen sah ditahan untuk siasatan lanjut.
A
A
A

GEORGETOWN- Sebuah bot rekreasi ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang pada petang, Selasa.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot tersebut ditahan pada kedudukan 0.65 batu nautika utara Tanjung Huma, kira-kira jam 1.05 petang.

Menurutnya, bot tersebut ditahan semasa melakukan aktiviti parasailing.

"Pemeriksaan mendapati, bot itu tiada lesen sah dan insurans telah tamat tempoh. Ia dikendalikan dua kru warga tempatan berusia 49 dan 53 tahun.

"Bot serta kru telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Pulau Pinang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana membawa penumpang tanpa lesen yang sah dan insurans tamat tempoh.

"Maritim menasihatkan pengusaha-pengusaha aktiviti rekreasi di laut agar mematuhi undang-undang negara bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Orang ramai serta komuniti maritim diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti kesalahan di laut. Sebarang aduan boleh disalurkan ke talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 042626146," katanya.

Artikel Berkaitan: