Rondaan lokasi 'hot spot' sempena Tahun Baharu Cina dipertingkat

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao(tengah) menyampaikan sumbangan limau kepada masyarakat ketika Program Walk About di Taman Eng Ann di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao(tengah) menyampaikan sumbangan limau kepada masyarakat ketika Program Walk About di Taman Eng Ann di sini pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Polis akan mempertingkatkan rondaan cegah jenayah di lokasi 'hot spot' di Klang Utara sepanjang tempoh perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, fokus rondaan di lokasi tumpuan orang ramai seperti perumahan dan pusat perniagaan.

"Setakat ini, lokasi dikenal pasti sebagai 'hot spot' di Klang Utara seperti di Bandar Baru Klang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Program Walk About di Taman Eng Ann di sini pada Rabu.

Dalam pada masa sama, beliau juga memberi tumpuan kepada penurunan kadar jenayah di Klang Utara.

"Kita akui kes jenayah di kawasan Klang Utara agak tinggi sebelum ini, namun ia masih terkawal.

"Saya yakin dengan usaha yang dijalankan dan pemantauan berterusan sekali gus kita dapat mengurangkan kadar jenayah di sini," katanya.

Menurutnya, polis Klang Utara sentiasa menjalankan program bersama masyarakat.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang kita mahu adalah kerjasama daripada masyarakat dalam usaha membanteras jenayah.

"Masyarakat disaran menyalurkan segala maklumat berkaitan termasuk perkara mencurigakan supaya polis dapat mengambil tindakan selanjutnya," katanya.