[VIDEO] Pemimpin BN mula tiba di Bangunan UMNO Johor

Ahmad Zahid (tengah) tiba di Bangunan UMNO Johor bagi menghadiri majlis perjumpaan bersama UMNO, MCA dan MIC Johor.
Ahmad Zahid (tengah) tiba di Bangunan UMNO Johor bagi menghadiri majlis perjumpaan bersama UMNO, MCA dan MIC Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Beberapa pemimpin utama Barisan Nasional (BN) mula tiba di Bangunan UMNO Johor di sini bagi menghadiri Majlis Perjumpaan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama UMNO, MCA dan MIC Johor pada pagi Rabu.

Antara yang kelihatan setakat jam 11 pagi ini ialah Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Selain itu turut kelihatan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad; Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Setiausaha MCA Johor, Ng Keng Heng dan Ketua Pemuda MIC, K Raven.

Hasni (kiri) dan Ahmad (kanan) tiba di Bangunan UMNO Johor bagi menghadiri majlis perjumpaan bersama UMNO, MCA dan MIC Johor.
Hasni (kiri) dan Ahmad (kanan) tiba di Bangunan UMNO Johor bagi menghadiri majlis perjumpaan bersama UMNO, MCA dan MIC Johor.

Petugas media daripada pelbagai agensi pula dilihat mula berkumpul di lokasi seawal jam 9 pagi.

Difahamkan perjumpaan pada hari ini bagi membincangkan soal pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti komponen BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pada Isnin, UMNO dilaporkan mahu bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Mohamad dilaporkan berkata, jumlah itu belum mengambil kira kerusi DUN bagi parti komponen BN.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, sumber UMNO turut memaklumkan setakat ini UMNO Johor kekal dengan keputusan awal untuk bertanding di 40 kerusi dalam PRN Johor.