[VIDEO] Tanah mendap, lima kenderaan rosak
SERI KEMBANGAN - [DIKEMAS KINI] Sebanyak lima kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di sini rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan itu pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.38 petang.
"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Serdang bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kita mendapati berlaku mendapan berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Norazam berkata, dilaporkan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.
"Kita sedang menjalankan pemantauan di lokasi kejadian," katanya.
Muhyiddin dapatkan pasport lawat kakak sakit kanser di Australia
08 Mei 2024 11:37amPenolong Pegawai Veterinar didakwa terima suapan
08 Mei 2024 11:31amIbu terkedu anak jadi mangsa letupan bom di Narathiwat
08 Mei 2024 11:19amPolis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
08 Mei 2024 09:51amRestoran makanan segera dikritik angkara 'type C'
07 Mei 2024 02:48pmWanita ditumbuk, diseret empat lelaki dalam cubaan culik
07 Mei 2024 05:32pmSeorang maut dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
07 Mei 2024 04:35pmSafiq Rahim pula jadi mangsa serangan
08 Mei 2024 12:41am