[VIDEO] Tanah mendap, lima kenderaan rosak
SERI KEMBANGAN - [DIKEMAS KINI] Sebanyak lima kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di sini rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan itu pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.38 petang.
"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Serdang bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kita mendapati berlaku mendapan berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Norazam berkata, dilaporkan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.
"Kita sedang menjalankan pemantauan di lokasi kejadian," katanya.
Lelaki direman seminggu miliki 823 pil yaba
27 April 2024 08:08amPenunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
27 April 2024 07:38am85 saman dalam tempoh 5 jam Op Samseng Jalanan
26 April 2024 11:22pmPersonaliti anak sulung yang ceria, mesra mirip Joanna - Suami
26 April 2024 08:48pm'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
26 April 2024 01:49pm[VIDEO] Hantaran jelik hina kru TLDM terkorban, Saifuddin Shafik didenda RM23,000
26 April 2024 01:08pmBerpantang maut sebelum ajal
26 April 2024 11:28amPeniaga dibunuh kejam kerana dendam
26 April 2024 04:27pm