[VIDEO] Tanah mendap, lima kenderaan rosak

SERI KEMBANGAN - [DIKEMAS KINI] Sebanyak lima kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di sini rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan itu pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.38 petang.
"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Serdang bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kita mendapati berlaku mendapan berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Norazam berkata, dilaporkan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.
"Kita sedang menjalankan pemantauan di lokasi kejadian," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Ibu dedah beberapa nama ejek Zara Qairina 'sok-sok cantik'
07 Oktober 2026 02:07pmLelaki ditemui mati tepi jalan, disyaki dibunuh
07 Oktober 2026 01:56pmGulam Muzaffar buat laporan SPRM isu MyEG, Zetrix AI
07 Oktober 2026 01:19pm'Skodeng’ isteri jiran tengah mandi, lelaki didenda RM5,000
06 Oktober 2026 03:36pmPelajar maut dibunuh: 'Kali terakhir saya nampak dia keluar dengan teman lelaki' - Jiran
06 Oktober 2026 05:08pm10 kereta musnah terbakar di parkir pusat beli-belah
06 Oktober 2026 11:37pm- Iklan -- Iklan -
