Tiada kes bayi dalam kandungan dijangkiti HIV

No Image Caption
A
A
A
TEMERLOH - Pahang menunjukkan pencapaian terbaik dalam pencegahan jangkitan HIV kepada anak dalam kandungan dengan tiada kes dicatatkan bagi tempoh dua tahun berturut-turut.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, pencapaian itu dicatatkan bagi tahun 2016 dan 2017 malah setakat tahun ini masih ada belum ada kes dicatatkan bagi kes sama.

“Pencapaian ini dicapai dengan usaha berterusan melakukan rawatan pencegahan terhadap ibu mengandung yang positif HIV dan rawatan semasa kelahiran kepada anak terbabit,” katanya selepas merasmikan Hari Aids Sedunia 2018 Peringkat Pahang di Dewan Tun Razak di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) negeri, Datuk Mohamed Sapian Mohamed dan Pegawai Kesihatan Temerloh, Dr Suzana Mohd Hashim.

Pelancaran Temerloh City Getting to Zero HIV 2018-2030 yang juga daerah kedua terlibat selepas Kuantan diadakan pada majlis berkenaan.
Artikel Berkaitan: