APM Pendang adakan latihan di air

 APM Pendang adakan kursus di terusan tengah Bukit Raya baru-baru ini.
APM Pendang adakan kursus di terusan tengah Bukit Raya baru-baru ini.
A
A
A

PENDANG - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pendang menganjurkan satu program latihan berkaitan kursus di air di terusan tengah Bukit Raya baru-baru ini.

Pegawai APM Pendang, LT(pa) Mohd Fairus Rosdi berkata, sepanjang program terdapat beberapa aktiviti berkaitan dengan air dilakukan.

Katanya, latihan berkayak juga turut dijalankan bagi memastikan stamina anggota sentiasa berada di dalam keadaan baik.

"Seramai 40 anggota terlibat di dalam latihan ini pada kali ini," katanya.

Katanya, selain daripada memastikan stamina anggota berada di dalam keadaan baik, kursus ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anggota berkaitan teknik menyelamat di air.

Mohd Fairus berkata, sebagai anggota APM mereka seharusnya bersedia di dalam apa jua keadaan bagi membolehkan mereka memberikan bantuan dengan baik sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

"Sebarang kemalangan boleh berlaku tanpa mengira lokasi sama ada ianya di darat mahupun di air," katanya.

Katanya dengan latihan ini diharapkan semua anggota sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

Artikel Berkaitan: