Covid-19: 10 kematian baharu, 1 BID

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,902 orang. - Gambar hiasan
Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,902 orang. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 10 kematian baharu akibat Covid-19 pada Isnin.

Daripada jumlah tersebut, satu kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Menurut data KKM di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,902 orang daripada lebih 2.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Dalam pada itu, terdapat 45,208 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 37,772 individu dikuarantin di rumah manakala 4,528 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan bahawa sebanyak 2,762 kes dirawat di hospital dan 146 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 81 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 62 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: