X

Kindly register in order to view this article
!

KKM yakin pencemaran kimia bersifat akut

Kerja-kerja pembersihan sungai Kim Kim.
A
A

PASIR GUDANG - Kesan pencemaran bau akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim tidak mendatangkan kesan jangka panjang kepada mangsa yang terjejas.

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang memaklumkan bahan kimia terkandung dalam pencemaran itu adalah bersifat akut.

Menurutnya, walaupun mangsa yang terdedah kepada pencemaran bau ini berisiko mengalami masalah sistem saraf serta peranakan, namun ia boleh dirawat dengan rawatan yang betul.

“Kita berdepan dengan satu episod keracunan bahan kimia secara akut.

"Bahan kimia seperti Benzine mampu memberi kesan kepada manusia, bagaimanapun, kita yakin ia bersifat akut dan secara 'one-off' selepas rawatan diberikan,” katanya pada sidang media selepaa melakukan lawatan di pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Pasir Gudang, hari ini.

Dr Dzulkefly dalam sidang medianya hari ini.
Dr Dzulkefly dalam sidang medianya hari ini.

Tambahnya, pihaknya bagaimanapun tetap akan melakukan susulan keatas mangsa-mangsa yang terjejas dalam pencemaran ini.

Katanya, ia bagi menastikan sama ada mampu memberi kesan kronik seperti kanser dan masalah peranakan.

“Kita mempunyai data terhadap mangsa yang terlibat dan susulan akan dilakukan menerusi sebuah kumpulan (kohort) yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang terlatih dari KKM.

“Apapun, saya ingin tegaskan kesan daripada pencemaran ini hanyalah bersifat akut dan tidak menjejaskan mangsa dalam tempoh jangka panjang,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus