Kerajaan pastikan kenaikan harga barang ditangani segera

Tangkap layar ciapan Ismail Sabri di Twitternya pada Isnin.
Tangkap layar ciapan Ismail Sabri di Twitternya pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM – Kerajaan akan memastikan isu kenaikan harga barang segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi mendapatkan penjelasan terperinci berkenaan isu tersebut, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat.

“Kerajaan prihatin tentang kenaikan harga barang. Saya akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan terperinci,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin.

Sinar Harian pada 16 Januari lalu melaporkan harga makanan kering dan pakaian dijangkakan naik pada tahun ini berbanding barang-barang basah yang dilihat akan stabil.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin bagaimanapun dilaporkan berkata, beliau tidak merasakan barangan basah akan naik pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Beliau memberitahu, harga barang makanan kering seperti biskut, sardin dan Milo pada tahun ini dijangkakan naik lapan sehingga 10 peratus.

Bagi pakaian seperti baju, Ameer Ali berkata, beliau menjangkakan ia akan naik 10 hingga 15 peratus kerana sebelum ini penjual menjual barang-barang sedia ada.

Artikel Berkaitan: