Solat hajat, bacaan Yasin untuk kesihatan Tun M

Jemputan majlis solat hajat dan bacaan Yasin memohon kesejahteraan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad anjuran Persatuan Pengetua-Pengetua Sekolah Agama Rakyat Kedah, jam 8 malam ini.
Jemputan majlis solat hajat dan bacaan Yasin memohon kesejahteraan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad anjuran Persatuan Pengetua-Pengetua Sekolah Agama Rakyat Kedah, jam 8 malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis solat hajat dan bacaan yasin untuk kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad anjuran Pengetua-Pengetua Sekolah Agama Rakyat Kedah akan diadakan jam 8 malam ini.

Pengumuman yang dibuat menerusi laman instagram 'mukrizofficial' itu turut menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan kesembuhan kesihatan Dr Mahathir.

Difahamkan solat hajat dan bacaan Yasin itu akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Kelab Che Det dan MukhrizMahathir FC.

Majlis berkenaan akan dipimpin oleh Mudir Sekolah Menengah Agama (SMA) Nadhah Hasanah, Melele, Ustaz Jamil Sadaqi Datuk Murshid Diraja Sheikh Tajudin Al-Jarumi.

Dr Mahathir dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) sejak Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Datin Paduka Marina yang merupakan anak Ahli Parlimen Langkawi itu memaklumkan keadaan bapanya kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari lepas.

Artikel Berkaitan: