X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Liverpool terus himpit Manchester City

Liverpool meneruskan misi pemburuan kejuaraan liga selepas mengatasi Crystal Palace di Selhurst Park.
A
A

LIVERPOOL mengambil kesempatan daripada kegagalan pendahulu Manchester City meraih mata penuh sebelum ini dengan kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace, dalam aksi is Liga Perdana Inggeris (EPL).

Biarpun jauh daripada prestasi vintaj sebenar Liverpool dalam perlawanan itu, namun The Reds yang dominan mendahului 2-0 separuh masa pertama memerlukan penalti lewat Fabinho untuk memadamkan kebangkitan Crystal Palace di Selhurst Park.

Gol awal daripada Virgil van Dijk dan Alex Oxlade-Chamberlain meletakkan Liverpool dalam kelas tersendiri di Selhurst Park.

Namun The Eagles tampil agresif selepas rehat menerusi Odsonne Edouard yang menjaringkan gol selepas 55 minit dilihat mampu menyelamatkan tuan rumah sehingga penalti kontroversi dihadiahkan apabila Diogo Jota bertembung dengan penjaga gol Palace, Vicente Guaita.

Sementara itu, Chelsea yang menduduki tempat ketiga kembali ke landasan kemenangan apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur di Stamford Bridge hasil jaringan Hakim Ziyech dan Thiago Silva membolehkan tuan rumah meraih kemenangan pertama dalam lima perlawanan liga.

Manchester City pula dinafikan kemenangan ke-13 berturut-turut sebelum itu apabila mencatatkan keputusan seri 1-1 di Southampton, namun kini mendahului Liverpool dengan sembilan mata setelah beraksi lebih satu perlawanan.

Manakala Chelsea pula ketinggalan 10 mata di belakang Manchester City tetapi telah bermain lebih banyak perlawanan.

Sementara itu, Arsenal terlepas peluang mengisi slot kelompok empat teratas apabila seri 0-0 ketika melayan kunjungan kelab tercorot Burnley di Stadium Emirates.

Leicester City pula seri 1-1 menentang Brighton di Stadium King Power - gol penyamaan lewat Danny Welbeck meletakkan The Seagulls di tangga kesembilan dengan keputusan seri ke-12 musim ini.


KEPUTUSAN


Chelsea 2-0 Tottenham

Ziyech 47'

Thiago Silva 55'

Crystal Palace 1-3 Liverpool

Van Dijk 8'

Oxlade-Chamberlain 32'

Edouard 55'

Fabinho 89'

Arsenal 0-0 Burnley

Leicester City 1-1 Brighton

Daka 46'

Welbeck 82'


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!