Speaker sahkan terima watikah pembubaran DUN Johor

Suhaizan
Suhaizan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat mengesahkan telah menerima watikah pembubaran DUN daripada Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada pagi Ahad.

Menurutnya, watikah berkenaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pejabatnya, petang Ahad.

"Ya, saya sudah terima watikah pembubaran DUN Johor pagi tadi.

"Penyerahan Warta Pemasyuran Pembubaran DUN Johor di Pejabat Speaker, di Iskandar Puteri pada jam 4 petang ini," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada Sabtu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Sebelum itu, Hasni menghadap Sultan Johor bagi memaklum sembah hasrat kerajaan negeri mengadakan PRN di Istana Bukit Serene, di sini, pada jam 5 petang Sabtu.

Artikel Berkaitan: