Mereka masih hidup, jangan sebar berita palsu!

 Gambar lawatan mengejut Perdana Menteri New Zealand yang dikongsikan di laman sosial Facebook Mohamad Firdaus.
Gambar lawatan mengejut Perdana Menteri New Zealand yang dikongsikan di laman sosial Facebook Mohamad Firdaus.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tembakan di Christchruch, New Zealand semalam kini sedang menerima rawatan lanjut di sebuah hospital di sana.

Maklumat tersebut dikongsikan seorang pegawai perubatan rakyat Malaysia, Mohamad Firdaus di laman Fecebooknya.

Beliau yang bertugas di Hospital Christchurch, New Zealand turut mengecam individu menyebarkan maklumat palsu mendakwa salah seorang daripada mangsa telah meninggal dunia.

“Ketiga-tiga mangsa tembakan warganegara Malaysia masih hidup. Saya mencela individu-individu yang menyebarkan berita palsu kematian mereka.

“Diceritakan atas keizinanan dari isteri. Abang Rahimi (Rahimi Ahmad) stabil setakat ini, tapi masih memerlukan beberapa lagi pembedahan untuk membuang fragments (serpihan).

“Beliau masih di ICU (Unit Rawatan Rapi). Keluarga beliau dan Exco Pulau Pinang dalam perjalanan ke sini,” tulisnya dalam Facebooknya, hari ini.

Tambahnya, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut melakukan lawatan mengejut di hospital tersebut dan melahirkan rasa simpati dengan keadaan mangsa.

Dalam pada itu, Mohamad Firdaus juga menegaskan, Mohd Tarmizi Shuib yang dilaporkan meninggal dunia dalam insiden itu masih hidup dan berharap tiada pihak menyebarkan berita palsu tentang kematiannya.

Artikel Berkaitan:

“Beliau masih hidup, tolong jangan sebarkan berita palsu tentang kematian beliau. Saya tak dapat berjumpa beliau sebab masih dalam pembedahan.

“(Nazril Hisham Omar) Berada di wad biasa, stabil. Anaknya Daniel, 17 tahun menemani beliau yang tidur selepas scan MRI.

“Gambar dan butir kecederaan saya tak dedahkan sebab tak mendapat kebenaran pesakit yang masih tidur,” katanya.

Tambah Pegawai Perubatan itu, beliau tidak boleh mendedahkan maklumat lebih terperinci kerana terikat dengan prinsip menjaga kerahsiaan pesakit.

“Saya hanya dapat berkongsi maklumat yang tertentu sahaja. Sekali lagi, jangan sebar video shooting (tembakan) dan berita-berita palsu,” tegasnya.