X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Konvoi #RasuahBusters tiba di Melaka

Aktiviti kemasyarakatan bersama orang ramai diadakan menerusi program Singgah Santai di Pantai Pengkalan Balak, Melaka.
A
A

PENGKALAN BALAK - Misi menyampaikan mesej antirasuah diteruskan dan kini Konvoi #RasuahBusters tiba di Bandar Bersejarah Melaka.

Destinasi pertama konvoi adalah di Pantai Pengkalan Balak.

Seperti mana sebelum ini, aktiviti kemasyarakatan bersama orang ramai diadakan menerusi program Singgah Santai di tepi pantai.

Tidak terhenti di situ, Konvoi #RasuahBusters akan ke Dataran Keris, Alor Gajah pada jam 8 malam ini.

Orang ramai tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti santai Konvoi #RasuahBusters di Pantai Pengkalan Balak, Melaka.
Orang ramai tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti santai Konvoi #RasuahBusters di Pantai Pengkalan Balak, Melaka.

Konvoi #RasuahBusters yang bermula pada 9 Disember lepas adalah siri jelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, disertai lebih 400 ahli gabungan dengan misi menyampaikan mesej kesedaran membangun #NilaiMoralKarakterbangsa.

Menurut Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin, Konvoi #RasuahBusters merupakan manifestasi komitmen rakyat bagi memerangi rasuah dengan menyampaikan mesej pendidikan dan kesedaran kepada rakyat di peringkat akar umbi.

"Konvoi #RasuahBusters adalah platform penting buat lebih 400 gabungan Rasuah Busters untuk turun bersama-sama sebagai solidariti tentangan terhadap isu rasuah, selain turut menyampaikan mesej-mesej rasuah mengikut bidang perjuangan organisasi masing-masing," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!