X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

[VIDEO] Tun M disahkan berada di dalam CCU

Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan berada di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara pada Sabtu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh jurucakap bekas perdana menteri itu.

“Ya, beliau berada di CCU,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang timbul berhubung Ahli Parlimen Langkawi itu.

Pengamal media masih menanti di perkarangan IJN sejak jam 1 petang tadi.

Sebelum ini, IJN memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat berhubung keadaan Dr Mahathir.

Pada 13 januari, Dr Mahathir dibenarkan pulang ke rumah selepas beberapa hari menerima rawatan di IJN pada jam 3.45 petang Khamis.

Pada 7 Januari lalu, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu sekali lagi dimasukkan ke IJN hanya 16 hari selepas keluar daripada pusat perubatan itu pada Disember.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!