Komuniti Cina kecam serangan, hulur sumbangan buat mangsa

Sebahagian komuniti Islam di lokasi kejadian, semalam. - Foto Reuters
Sebahagian komuniti Islam di lokasi kejadian, semalam. - Foto Reuters
A
A
A

CHRISTCHURCH - Masyarakat Cina di Christchurch, New Zealand mengecam serangan pengganas ke atas dua masjid dan turut menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa, lapor Xinhua.

Dewan Perniagaan Canton di New Zealand dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, walaupun tiada korban membabitkan komuniti Cina,masyarakat itu tetap prihatin dengan kejadian yang menimpa umat Islam.

"Tidak sepatutnya ada perkauman,keganasan dan kekejaman walau apa pun alasannya," kata kenyataan itu.

Persatuan Pelajar dan Sarjana Cina Universiti Canterbury juga turut bersedih dengan kejadian itu,kekejaman telah menyebabkan banyak nyawa melayang dan mencetuskan kemarahan.

"Bagaimanapun, apa yang mereka (pelaku) tidak dapat memusnahkan ialah semangat kami.

"Kepelbagaian di New Zealand tidak akan goyah dan tidak melunturkan semangat untuk membantu satu sama lain," kata persatuan itu dalam satu kenyataan.

Pada Jumaat bandar raya Christchurch digemparkan dengan serangan keganasan apabila beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dua masjid, menyebabkan sekurang-kurangnya 49 orang maut dan 48 lagi cedera.

Tiga suspek kini ditahan dan seorang daripadanya telah didakwa di mahkamah kerana membunuh. - Bernama

Artikel Berkaitan: