MAIWP hulur sumbangan Syawal RM90,000 kepada OKU

Na’im (dua dari kiri) menyerahkan replika cek sumbangan kepada Presiden Persatuan OKU Sentral, Datuk Ras Adiba Radzi (dua dari kanan) pada Majlis Jalinan Aidilfitri Rahmah Madani Bersama Insan Istimewa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pada Sabtu. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyampaikan sumbangan berjumlah RM90,000 kepada 300 Orang Kurang Upaya (OKU) pada majlis Jalinan Aidilfitri Rahmah Madani MAIWP Bersama Insan Istimewa, di sini pada Sabtu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jumlah itu melibatkan sumbangan bantuan tunai RM200 seorang berjumlah RM60,000 beserta cenderahati Aidilfitri dengan jumlah keseluruhan RM30,000 kepada 300 OKU yang diraikan dalam majlis berkenaan.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan sumbangan itu dihulurkan kepada golongan berkenaan.

"Tanpa ada komitmen para pembayar zakat sudah tentu program bantuan seperti ini tidak dapat dilaksanakan secara optimum, maksimum dan menyeluruh,” katanya.

Golongan OKU yang diraikan pada majlis pada Sabtu ialah daripada Persatuan OKU Sentral, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia dan Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia. - Bernama