X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Fuziah dilantik Pengarah Pilihan Raya PKR

Fuziah Salleh
A
A

SHAH ALAM - Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pusat manakala Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Zaleha Mustafa sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti.

Setiausaha Wanita PKR, Nurin Aina berkata, pelantikan tersebut dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang diadakan pada Khamis di Petaling Jaya.

"PKR telah mencipta sejarah sebagai parti politik pertama yang melantik seorang pemimpin wanita sebagai Pengarah Pilihan Raya.

"Usaha parti merealisasikan dasar mengarusperdanakan gender dalam sektor politik bukan sekadar janji kosong, malah dibuktikan dengan pengiktirafan kemampuan wanita menerusi pelantikan berkenaan," katanya menerusi hantaran di laman Facebok Wanita Keadilan pada Jumaat.

Nurin berkata, Fuziah dan Zaleha merupakan individu paling layak dilantik ke jawatan berkenaan kerana mempunyai karakter pemimpin.

"Sebelum ini, anggota parti memilih tokoh wanita, Datuk Seri Dr Wan Azizah ke jawatan Presiden parti dan tokoh wanita lain sebagai naib presiden.

"Kami percaya reformasi institusi parti politik merupakan langkah pembaharuan utama untuk membawa arus perubahan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!